SALAM PERKENALAN

Terletak Kampung Pulau Meranti, sebuah kampung yang berhampiran dengan Putrajaya/Cyberjaya. Ianya bersebelahan dengan Taman Putra Perdana dan Bukit Puchong 2, Puchong Selangor. Kolam Memancing Lembah Meranti menawarkan aktiviti memancing yang paling menarik untuk peminat-peminat aktiviti memancing semua. Kami telah melepaskan pelbagai jenis ikan dari pelbagai saiz termasuklah yang bersaiz mega. Antara jenis-jenis ikan yang telah kami lepaskan termasuklah Patin Mekong aka Plabuk, Patin Buah, Rohu, Lee Koh, Pacu, Tongsan Sisik Kasar, Tongsan Sisik Halus dan juga termasuk Tongsan India, Baung, Talapia dan Keli. Anda inginkan ‘Game Fish”? Kami telah lepaskan Patin Mekong @ Plabuk, Rohu dan Pacu yang ganas , sedia menanti anda. Anda mencari “Ikan Giant?” kami ada Patin Mekong yang berat purata 10kg - 30kg seekor dan Keli Afrika yg berat purata 5kg ke atas.

CER CITER....CER CITER...CER CITER...

AKTIVITI DI KOLAM PANCING LEMBAH MERANTI

PELEPASAN IKAN BARU 15 NOVEMBER 2010 - TALAPIA MERAH DAN PATIN

Pada 15hb November lepas, kami telah melepaskan ikan baru iaitu talapia merah & patin untuk pengunjung Kolam Memancing Lembah Meranti. Antara gambar yang sempat dirakam......



Longgokan Si Merah......Ikan Talapia Merah yang baru dilepaskan dengan purata berat lebih kurang 700gram keatas

Splashhhh...splasshhhhhhh...ceplusssss....

Ini bukan Jin yang ditangkap oleh Badang dek mencuri makan ikan di kolam...hehehehe. Brader Busu dengan tenaga jantannya menarik jaring sangkar...dengan senyum ajer dia tarik...

Kumpulan Ikan Patin yang baru dilepaskan.....

Brader Wawa menge"test" Si Merah Jambu......yang jadi lauk tengahari...Talapia Goreng Cili...









No comments:

Post a Comment