SALAM PERKENALAN

Terletak Kampung Pulau Meranti, sebuah kampung yang berhampiran dengan Putrajaya/Cyberjaya. Ianya bersebelahan dengan Taman Putra Perdana dan Bukit Puchong 2, Puchong Selangor. Kolam Memancing Lembah Meranti menawarkan aktiviti memancing yang paling menarik untuk peminat-peminat aktiviti memancing semua. Kami telah melepaskan pelbagai jenis ikan dari pelbagai saiz termasuklah yang bersaiz mega. Antara jenis-jenis ikan yang telah kami lepaskan termasuklah Patin Mekong aka Plabuk, Patin Buah, Rohu, Lee Koh, Pacu, Tongsan Sisik Kasar, Tongsan Sisik Halus dan juga termasuk Tongsan India, Baung, Talapia dan Keli. Anda inginkan ‘Game Fish”? Kami telah lepaskan Patin Mekong @ Plabuk, Rohu dan Pacu yang ganas , sedia menanti anda. Anda mencari “Ikan Giant?” kami ada Patin Mekong yang berat purata 10kg - 30kg seekor dan Keli Afrika yg berat purata 5kg ke atas.

CER CITER....CER CITER...CER CITER...

AKTIVITI DI KOLAM PANCING LEMBAH MERANTI





Ikan Pacu




Kerja-kerja melepaskan ikan, antara gambar yang sempat di ambil



Kerja-kerja menambah ikan-ikan sedang dilakukan. Antara ikan yang dimasukkan termasuklah Patin, Rohu, Lee Koh, Pacu, Jelawat dan Talapia Merah
Antara hasil tangkapan yang sempat di rakamkan....Siap pikul lagi tuu.....



Keli Afrika yg menyerah diri.....



Ikan Patin yang berjaya ditawan.....



Brader Amer dengan tangkapannya...ikan Lee Koh



Brader Aboy dengan Ikan Keli Afrikanya....




Brader Ijam dengan tangkapan Tongsan India..spesis yg agak sukar untuk dipancing



Wak dengan koleksi Rohu nya


Lagi..... Ikan Keli Afrika yang berjaya di pancing


Adik Redho....pucat pucat muka bertarung dengan ikan yang berjaya dipancingnya

SENARAI HARGA




BAYARAN MASUK
RM30.00 UNTUK 3 JAM
RM 6.00 UNTUK TAMBAHAN SETIAP JAM BERIKUTNYA
PETA LOKASI KOLAM MEMANCING LEMBAH MERANTI
Sejarah Asal Usul Terbinanya Kolam Memancing Lembah Meranti


Pada asalnya tapak kolam tersebut adalah merupakan kawasan paya yang dimiliki oleh Bapa Saudara kami iaitu Pak Lang Bidin. Selepas mendapat persetujuan bermula lah episod gali menggali dan korek mengkorek kolam....

Gotong royong membina Pondok untuk para pemancing




Keadaan kolam yang baru siap di bina


Kami masih lagi dan akan terus menjalankan kerja kerja menaik taraf dan menambah baik prasarana dan kemudahan-kemudahan asas di Kolam Lembah Meranti bagi memberi kepuasan yang terbaik untuk pengunjung-pengunjung Kolam Memancing Lembah Meranti.

Berikut adalah gambaran keadaan sekarang di Kolam Lembah Meranti



Prasarana di kolam kami adalah berkonsepkan kepada suasana Kampung tradisi, dengan pondok beratap nipah, bagi mengambalikan nostalgia yg aman damai....




Antara pondok-pondok yang disediakan