SALAM PERKENALAN

Terletak Kampung Pulau Meranti, sebuah kampung yang berhampiran dengan Putrajaya/Cyberjaya. Ianya bersebelahan dengan Taman Putra Perdana dan Bukit Puchong 2, Puchong Selangor. Kolam Memancing Lembah Meranti menawarkan aktiviti memancing yang paling menarik untuk peminat-peminat aktiviti memancing semua. Kami telah melepaskan pelbagai jenis ikan dari pelbagai saiz termasuklah yang bersaiz mega. Antara jenis-jenis ikan yang telah kami lepaskan termasuklah Patin Mekong aka Plabuk, Patin Buah, Rohu, Lee Koh, Pacu, Tongsan Sisik Kasar, Tongsan Sisik Halus dan juga termasuk Tongsan India, Baung, Talapia dan Keli. Anda inginkan ‘Game Fish”? Kami telah lepaskan Patin Mekong @ Plabuk, Rohu dan Pacu yang ganas , sedia menanti anda. Anda mencari “Ikan Giant?” kami ada Patin Mekong yang berat purata 10kg - 30kg seekor dan Keli Afrika yg berat purata 5kg ke atas.

CER CITER....CER CITER...CER CITER...

AKTIVITI DI KOLAM PANCING LEMBAH MERANTI

PELEPASAN IKAN - ROHU DAN PACU

Bersempena dengan Pertandingan Memancing yang akan diadakan pada 1hb Mei 2011, pihak kami telah menambah ikan sebanyak 1 tan iaitu dari jenis Pacu dan Rohu pada hari Sabtu 23hb April 2011 lepas.

Pihak kami juga merancang untuk membuat penambahan lagi.....tapi jenis dan jumlah masih dalam perbincangan....

Pihak kami juga sedang menambah pondok -pondok untuk rakan-rakan pemancing dan pengunjung Kolam Memancing Lembah Meranti berteduh....

Insya Allah, kami akan terus berusaha untuk memberi anda kepuasan semaksima yang mungkin kepada rakan-rakan pemancing semua.

No comments:

Post a Comment