SALAM PERKENALAN

Terletak Kampung Pulau Meranti, sebuah kampung yang berhampiran dengan Putrajaya/Cyberjaya. Ianya bersebelahan dengan Taman Putra Perdana dan Bukit Puchong 2, Puchong Selangor. Kolam Memancing Lembah Meranti menawarkan aktiviti memancing yang paling menarik untuk peminat-peminat aktiviti memancing semua. Kami telah melepaskan pelbagai jenis ikan dari pelbagai saiz termasuklah yang bersaiz mega. Antara jenis-jenis ikan yang telah kami lepaskan termasuklah Patin Mekong aka Plabuk, Patin Buah, Rohu, Lee Koh, Pacu, Tongsan Sisik Kasar, Tongsan Sisik Halus dan juga termasuk Tongsan India, Baung, Talapia dan Keli. Anda inginkan ‘Game Fish”? Kami telah lepaskan Patin Mekong @ Plabuk, Rohu dan Pacu yang ganas , sedia menanti anda. Anda mencari “Ikan Giant?” kami ada Patin Mekong yang berat purata 10kg - 30kg seekor dan Keli Afrika yg berat purata 5kg ke atas.

CER CITER....CER CITER...CER CITER...

AKTIVITI DI KOLAM PANCING LEMBAH MERANTI

CABARAN PATIN MEKONG

Pengumuman....Pengumuman.....Pengumuman.....


Mari...mari....mari...kepada rakan-rakan para pemancing tegar, Brader-brader Otai, Para Sifu....kami di Kolam Memancing Lembah Meranti menjemput anda untuk merasakan rentapan ikan terganas dipasaran....PATIN MEKONG..!!!!!!. Yaaaaaa........Kami baru sahaja melepaskan lebih kurang 1 tan lebih ikan Patin Mekong atau lebih dikenali dengan nama  Mekong giant catfish, Pangasianodon gigas atau Plabuk  untuk habuan tuan-tuan semua....Berat purata ikan ikan tersebut antara 7kg hingga ke 30kg lebih seekor.


Anda pasti terkujat dengan sentapan ganasnya.....Anda pasti letih tak bermaya melayan larian nya.....dan AWAS.....Joran anda mungkin menjadi mangsa "terbang"  ke dalam kolam .......


Anda berani???????


.....Meh...... kiter bakor...kiter bakorrrr...kiter bakorrr


Antara gambar yang sempat kami rakam


Apek sampai pucat-pucat muka angkat si "Fateen Mekong"

Bro Bakso Dangdut, gaya seorang model ternama.....


Chief Kolam, Bro Hamid...tersenyum leborrrrrr......





Gaya sedondon...Bro Busu dengan pasangannya.....

No comments:

Post a Comment