SALAM PERKENALAN

Terletak Kampung Pulau Meranti, sebuah kampung yang berhampiran dengan Putrajaya/Cyberjaya. Ianya bersebelahan dengan Taman Putra Perdana dan Bukit Puchong 2, Puchong Selangor. Kolam Memancing Lembah Meranti menawarkan aktiviti memancing yang paling menarik untuk peminat-peminat aktiviti memancing semua. Kami telah melepaskan pelbagai jenis ikan dari pelbagai saiz termasuklah yang bersaiz mega. Antara jenis-jenis ikan yang telah kami lepaskan termasuklah Patin Mekong aka Plabuk, Patin Buah, Rohu, Lee Koh, Pacu, Tongsan Sisik Kasar, Tongsan Sisik Halus dan juga termasuk Tongsan India, Baung, Talapia dan Keli. Anda inginkan ‘Game Fish”? Kami telah lepaskan Patin Mekong @ Plabuk, Rohu dan Pacu yang ganas , sedia menanti anda. Anda mencari “Ikan Giant?” kami ada Patin Mekong yang berat purata 10kg - 30kg seekor dan Keli Afrika yg berat purata 5kg ke atas.

CER CITER....CER CITER...CER CITER...

AKTIVITI DI KOLAM PANCING LEMBAH MERANTI

SEKITAR PERTANDINGAN MEMANCING 1 MEI 2011

Alhamdulillah, pertandingan tersebut telah berjaya diadakan dan mendapat sambutan yg agak menggalakkan , sama ada pada sesi pagi dan juga sesi petang. Lebih kurang 300 orang telah menyertai pertandingan tersebut. Ada yang datang dari kawasan sekitar Puchong, Shah Alam, Kelang, PJ, Putrajaya, Kajang dan Bangi.


Sesi Pagi dimulakan tepat pada pukul 9:00 pagi. Tak sampai 5 minit umpan di lontar, bunyi mesin pancing mula menjerit di tarik ikan. Macam-macam bunyi kedengaran, mesin “Katak” dan mesin “Cengkerik” dan juga hiruk-pikuk sorakan peserta-peserta rakan-rakan pemancing yang lain.

Antara aksi paling menarik pada sesi pagi ini adalah apabila ada peserta menarik dan melayan rentapan seekor ikan Patin Mekong yang dianggarkan lebih kurang 12 kg. Tapi terpaksa dibatalkan kerana tidak bol di mulut.

Peserta kedua pula terpaksa pusing tiga suku kolam bagi melayan tarikan ikan Patin Mekong sehingga habis tali. Namun akhirnya kecewa apabila ikan tersebut terlepas apabila tali pancingnya putus .

Sesi pagi telah berakhir pada pukul 1:00 tengah hari . Dan untuk sesi pagi tempat pertama dipegang oleh En Tain dengan tangkapan ikan keli seberat 2.240 kg

Sesi petang pula telah dimulakan tepat pada pukul 4:00 petang. Sesi petang nampaknya lebih ganas apabila di gemparkan dengan jeritan kuat dari Brader MJ apabila jorannya menyentap seekor ikan yang agak besar. Agak huru- hara keadaan seketika apabila brader MJ terpaksa melayan ikan tersebut sehingga terpaksa pusing setengah kolam dalam usaha untuk mendaratkan ikan tersebut.

Walaubagaimanapaun brader MJ terpaksa akur dan melepaskan ikan tersebut apabila beliau mendapati ianya tidak bol kerana mata kail beliau telah mengenai bahagian ekor ikan Patin Mekong tersebut. Namun begitu beliau telah mendapat tepukan gemuruh dari rakan rakan pemancing yang lain dengan aksi beliau yg cukup menarik dan mendebarkan.

Selepas itu terdapat lagi peserta-peserta yang pancing mereka terkena ikan- ikan yang agar besar, dipercayai Ikan Patin Mekong. Tapi kesemuanya tidak dapat dinaikkan kerana terlepas dan juga tali pancing terputus.

Keputusan Akhir Pertandingan Memancing adalah seperti berikut:-

Berikut adalah antara gambar candid yg sempat kami rakam.

Brader MJ antara yang terawal menghantar ikan ke meja timbang dengan tangkapan ikan Pacu


Ikan Patin Mekong yg berjaya di naikkan, tetapi terpaksa dibatalkan kerana tidak bol.


Antara peserta yang menyertai… Bro Jerry dan Bro Ismail, antara pemancing tegar handalan di Kolam Lembah Meranti, boleh dikategorikan VTPT- Very Top Pemancing Tegar.




Antara peserta yg menerima hadiah dari cabutan no bertuah





Juara Keseluruhan En Nasib dengan tangkapan Ikan Patin Mekong seberat 8.980kg.


Keputusan Akhir Pertandingan Memancing adalah seperti berikut:-


Barisan Champion....Tarak Jual punyerrrr....

Badriadi Tempat Ke 2


Udin Tempat ke 3
 

Fozli Tempat ke 4
Fuaad Tempat Ke 5

Jacob Tempat ke 6

Bakso Dangdut - Tempat ke 7

Tain-Tempat ke 8 


Lugi - Tempat ke 9



Toha - Tempat ke 11

Mr Adam - Tempat ke 12

No comments:

Post a Comment