SALAM PERKENALAN

Terletak Kampung Pulau Meranti, sebuah kampung yang berhampiran dengan Putrajaya/Cyberjaya. Ianya bersebelahan dengan Taman Putra Perdana dan Bukit Puchong 2, Puchong Selangor. Kolam Memancing Lembah Meranti menawarkan aktiviti memancing yang paling menarik untuk peminat-peminat aktiviti memancing semua. Kami telah melepaskan pelbagai jenis ikan dari pelbagai saiz termasuklah yang bersaiz mega. Antara jenis-jenis ikan yang telah kami lepaskan termasuklah Patin Mekong aka Plabuk, Patin Buah, Rohu, Lee Koh, Pacu, Tongsan Sisik Kasar, Tongsan Sisik Halus dan juga termasuk Tongsan India, Baung, Talapia dan Keli. Anda inginkan ‘Game Fish”? Kami telah lepaskan Patin Mekong @ Plabuk, Rohu dan Pacu yang ganas , sedia menanti anda. Anda mencari “Ikan Giant?” kami ada Patin Mekong yang berat purata 10kg - 30kg seekor dan Keli Afrika yg berat purata 5kg ke atas.

CER CITER....CER CITER...CER CITER...

AKTIVITI DI KOLAM PANCING LEMBAH MERANTI

PERTANDINGAN DWI-BULANAN...HADIAH MENINGKAT

Mulai 1hb Julai , hadiah bagi Pertandingan Memancing Dwi- Bulanan telah ditukar formatnya iaitu mengikut ikan yang paling berat sahaja. Tiada lagi mengikut berat spesis ikan.

Pihak kami juga telah meningkatkan jumlah hadiah yang ditawarkan untuk tuan-tuan rakan-rakan pemancing yang mengunjungi Kolam Memancing Lembah Meranti.

No comments:

Post a Comment