SALAM PERKENALAN

Terletak Kampung Pulau Meranti, sebuah kampung yang berhampiran dengan Putrajaya/Cyberjaya. Ianya bersebelahan dengan Taman Putra Perdana dan Bukit Puchong 2, Puchong Selangor. Kolam Memancing Lembah Meranti menawarkan aktiviti memancing yang paling menarik untuk peminat-peminat aktiviti memancing semua. Kami telah melepaskan pelbagai jenis ikan dari pelbagai saiz termasuklah yang bersaiz mega. Antara jenis-jenis ikan yang telah kami lepaskan termasuklah Patin Mekong aka Plabuk, Patin Buah, Rohu, Lee Koh, Pacu, Tongsan Sisik Kasar, Tongsan Sisik Halus dan juga termasuk Tongsan India, Baung, Talapia dan Keli. Anda inginkan ‘Game Fish”? Kami telah lepaskan Patin Mekong @ Plabuk, Rohu dan Pacu yang ganas , sedia menanti anda. Anda mencari “Ikan Giant?” kami ada Patin Mekong yang berat purata 10kg - 30kg seekor dan Keli Afrika yg berat purata 5kg ke atas.

CER CITER....CER CITER...CER CITER...

AKTIVITI DI KOLAM PANCING LEMBAH MERANTI

PERTANDINGAN DWI-BULANAN...HADIAH MENINGKAT

Mulai 1hb Julai , hadiah bagi Pertandingan Memancing Dwi- Bulanan telah ditukar formatnya iaitu mengikut ikan yang paling berat sahaja. Tiada lagi mengikut berat spesis ikan.

Pihak kami juga telah meningkatkan jumlah hadiah yang ditawarkan untuk tuan-tuan rakan-rakan pemancing yang mengunjungi Kolam Memancing Lembah Meranti.

SEKITAR PERTANDINGAN MEMANCING 1 MEI 2011

Alhamdulillah, pertandingan tersebut telah berjaya diadakan dan mendapat sambutan yg agak menggalakkan , sama ada pada sesi pagi dan juga sesi petang. Lebih kurang 300 orang telah menyertai pertandingan tersebut. Ada yang datang dari kawasan sekitar Puchong, Shah Alam, Kelang, PJ, Putrajaya, Kajang dan Bangi.


Sesi Pagi dimulakan tepat pada pukul 9:00 pagi. Tak sampai 5 minit umpan di lontar, bunyi mesin pancing mula menjerit di tarik ikan. Macam-macam bunyi kedengaran, mesin “Katak” dan mesin “Cengkerik” dan juga hiruk-pikuk sorakan peserta-peserta rakan-rakan pemancing yang lain.

Antara aksi paling menarik pada sesi pagi ini adalah apabila ada peserta menarik dan melayan rentapan seekor ikan Patin Mekong yang dianggarkan lebih kurang 12 kg. Tapi terpaksa dibatalkan kerana tidak bol di mulut.

Peserta kedua pula terpaksa pusing tiga suku kolam bagi melayan tarikan ikan Patin Mekong sehingga habis tali. Namun akhirnya kecewa apabila ikan tersebut terlepas apabila tali pancingnya putus .

Sesi pagi telah berakhir pada pukul 1:00 tengah hari . Dan untuk sesi pagi tempat pertama dipegang oleh En Tain dengan tangkapan ikan keli seberat 2.240 kg

Sesi petang pula telah dimulakan tepat pada pukul 4:00 petang. Sesi petang nampaknya lebih ganas apabila di gemparkan dengan jeritan kuat dari Brader MJ apabila jorannya menyentap seekor ikan yang agak besar. Agak huru- hara keadaan seketika apabila brader MJ terpaksa melayan ikan tersebut sehingga terpaksa pusing setengah kolam dalam usaha untuk mendaratkan ikan tersebut.

Walaubagaimanapaun brader MJ terpaksa akur dan melepaskan ikan tersebut apabila beliau mendapati ianya tidak bol kerana mata kail beliau telah mengenai bahagian ekor ikan Patin Mekong tersebut. Namun begitu beliau telah mendapat tepukan gemuruh dari rakan rakan pemancing yang lain dengan aksi beliau yg cukup menarik dan mendebarkan.

Selepas itu terdapat lagi peserta-peserta yang pancing mereka terkena ikan- ikan yang agar besar, dipercayai Ikan Patin Mekong. Tapi kesemuanya tidak dapat dinaikkan kerana terlepas dan juga tali pancing terputus.

Keputusan Akhir Pertandingan Memancing adalah seperti berikut:-

Berikut adalah antara gambar candid yg sempat kami rakam.

Brader MJ antara yang terawal menghantar ikan ke meja timbang dengan tangkapan ikan Pacu


Ikan Patin Mekong yg berjaya di naikkan, tetapi terpaksa dibatalkan kerana tidak bol.


Antara peserta yang menyertai… Bro Jerry dan Bro Ismail, antara pemancing tegar handalan di Kolam Lembah Meranti, boleh dikategorikan VTPT- Very Top Pemancing Tegar.




Antara peserta yg menerima hadiah dari cabutan no bertuah





Juara Keseluruhan En Nasib dengan tangkapan Ikan Patin Mekong seberat 8.980kg.


Keputusan Akhir Pertandingan Memancing adalah seperti berikut:-


Barisan Champion....Tarak Jual punyerrrr....

Badriadi Tempat Ke 2


Udin Tempat ke 3
 

Fozli Tempat ke 4
Fuaad Tempat Ke 5

Jacob Tempat ke 6

Bakso Dangdut - Tempat ke 7

Tain-Tempat ke 8 


Lugi - Tempat ke 9



Toha - Tempat ke 11

Mr Adam - Tempat ke 12

CABARAN PATIN MEKONG

Pengumuman....Pengumuman.....Pengumuman.....


Mari...mari....mari...kepada rakan-rakan para pemancing tegar, Brader-brader Otai, Para Sifu....kami di Kolam Memancing Lembah Meranti menjemput anda untuk merasakan rentapan ikan terganas dipasaran....PATIN MEKONG..!!!!!!. Yaaaaaa........Kami baru sahaja melepaskan lebih kurang 1 tan lebih ikan Patin Mekong atau lebih dikenali dengan nama  Mekong giant catfish, Pangasianodon gigas atau Plabuk  untuk habuan tuan-tuan semua....Berat purata ikan ikan tersebut antara 7kg hingga ke 30kg lebih seekor.


Anda pasti terkujat dengan sentapan ganasnya.....Anda pasti letih tak bermaya melayan larian nya.....dan AWAS.....Joran anda mungkin menjadi mangsa "terbang"  ke dalam kolam .......


Anda berani???????


.....Meh...... kiter bakor...kiter bakorrrr...kiter bakorrr


Antara gambar yang sempat kami rakam


Apek sampai pucat-pucat muka angkat si "Fateen Mekong"

Bro Bakso Dangdut, gaya seorang model ternama.....


Chief Kolam, Bro Hamid...tersenyum leborrrrrr......





Gaya sedondon...Bro Busu dengan pasangannya.....

PELEPASAN IKAN - ROHU DAN PACU

Bersempena dengan Pertandingan Memancing yang akan diadakan pada 1hb Mei 2011, pihak kami telah menambah ikan sebanyak 1 tan iaitu dari jenis Pacu dan Rohu pada hari Sabtu 23hb April 2011 lepas.

Pihak kami juga merancang untuk membuat penambahan lagi.....tapi jenis dan jumlah masih dalam perbincangan....

Pihak kami juga sedang menambah pondok -pondok untuk rakan-rakan pemancing dan pengunjung Kolam Memancing Lembah Meranti berteduh....

Insya Allah, kami akan terus berusaha untuk memberi anda kepuasan semaksima yang mungkin kepada rakan-rakan pemancing semua.

PERTANDINGAN MEMANCING - 1HB MEI 2011

Kami dengan segala hormatnya menjemput tuan-tuan dan  rakan-rakan pemancing semua untuk menyertai Pertandingan Memancing Kolam Memancing Lembah Meranti yang akan diadakan pada hari Ahad, 1hb Mei 2011 yang akan datang. Hadiah yang lumayan menanti tuan-tuan semua.




PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM MEMANCING LEMBAH MERANTI 1 JANUARI 2011



Borang pendaftaran boleh didapati di Kolam Memancing Lembah Meranti di Lorong 2 Pulau Meranti.

Anda juga boleh gunakan borang ini untuk pendaftaran. Sila download:-


PELEPASAN IKAN BARU 15 NOVEMBER 2010 - TALAPIA MERAH DAN PATIN

Pada 15hb November lepas, kami telah melepaskan ikan baru iaitu talapia merah & patin untuk pengunjung Kolam Memancing Lembah Meranti. Antara gambar yang sempat dirakam......



Longgokan Si Merah......Ikan Talapia Merah yang baru dilepaskan dengan purata berat lebih kurang 700gram keatas

Splashhhh...splasshhhhhhh...ceplusssss....

Ini bukan Jin yang ditangkap oleh Badang dek mencuri makan ikan di kolam...hehehehe. Brader Busu dengan tenaga jantannya menarik jaring sangkar...dengan senyum ajer dia tarik...

Kumpulan Ikan Patin yang baru dilepaskan.....

Brader Wawa menge"test" Si Merah Jambu......yang jadi lauk tengahari...Talapia Goreng Cili...










Adik Airil.....dengan hasil tangkapan sulong beliau, ikan Lee Koh. Ikan pun dah sama besar dengan orang.



Kolam Memancing Lembah Meranti sekarang telah menyediakan gerai makanan dan minuman. Para pemancing boleh menempah makanan dan minuman di Desa Corner




SIGNBOARD PEMBUKAAN SEMULA KOLAM MEMANCING LEMBAH MERANTI